Connect with us

Oh! Media

Burung Murai Punca Seorang Lelaki Dipukul Dua Beradik

Article 5 23 11

Trending

Burung Murai Punca Seorang Lelaki Dipukul Dua Beradik

Kejadian di Kampung Banggol, Petaling Pasir Mas Kelantan, pada hari Ahad lepas, seorang lelaki telah cedera parah akibat dipukul dua beradik menggunakan tukul besi.

BACA: Burung Kakak Tua Kantoikan Suami Jalin Hubungan Sulit Bersama Pembantu Rumah?

Menerusi Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir mengatakan kejadian itu terjadi pada jam 7 pagi, dan kedua-dua beradik telah mendakwa mangsa mencuri seekor burung murai kepunyaan mereka sehingga menimbulkan persengketaan.

IKLAN

Suspek merupakan jiran sekampung

Screenshot 2021 11 23 at 21136 pm

Mohd Nasaruddin menyatakan bahawa bapa mangsa membuat aduan pada petang Isnin dan suspek telah ditahan susulan dari aduan yang diterima.

Mangsa yang berusia 37 tahun mengalami patah pada bahagian jari manis dan jari anak (tangan kanan), luka di bahagian kepala, bengkak di bahagian leher dan lutut kanan, lebam dan calar di bahagian belakang badan. Dia kini dirawat di Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Siasatan menunjukkan kejadian itu berlaku di dalam sebuah rumah dan mangsa dipukul kerana salah faham. Suspek juga merupakan jiran sekampung mangsa dan telah ditangkap kerana menyebabkan kecederaan parah.

Semoga suspek diterima hukuman atas tindakan yang dilakukannya dan salah faham ini dapat dileraikan dengan baik dan adil.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas