Connect with us

Oh! Media

“Bukan Kalangan Keluarga Bermasalah” – Polis Dedah Punca Remaja Tik*m Pemandu E-Hailing

remaja

Trending

“Bukan Kalangan Keluarga Bermasalah” – Polis Dedah Punca Remaja Tik*m Pemandu E-Hailing

Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki membuat cubaan menikam dada kiri pemandu e-hailing.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mendedahkan punca remaja berusia 13 tahun itu bertindak di luar kawalan.

Tonton video penuh di sini

Berdasarkan laporan yang dibuat pemandu, dia menerima pesanan mengambil penumpang itu di Lorong Taman Keladi Sungai Petani pada jam 5.43 petang.

Ketika dalam perjalanan ke Bandar Sri Astana, remaja itu mahu meminjam wang sebanyak RM50 untuk membayar sewa rumah.

Pemandu itu menolak dan mahu menurunkan remaja itu kalau tak ada duit nak bayar. Remaja itu enggan turun dan meminta pemandu terus ke rumahnya di Bandar Sri Astana.

Sampai di rumah berkenaan, remaja terbabit meminta membawanya semula ke Taman Keladi dan menerima bayaran RM18. Remaja berkenaan turut melengahkannya kerana membawanya ke beberapa lorong kecil.

Seperti video tular, pemandu mahu menurunkan penumpang setelah tiba di lokasi dan meminta bayaran tambahan RM9. Remaja itu kemudian memberikan wang RM20.

remaja
Kredit foto: Buletin TV3

Sewaktu nak memulangkan baki, remaja itu bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mahu merampas wang dari poket pemandu.

Nasib baiklah pemandu warga emas itu bertindak pantas dengan merampas pisau dan menggigit tangan sebelum remaja itu melarikan diri.

Laporan polis dibuat pemandu e-hailing pada jam 8 malam dan suspek remaja itu berjaya ditahan polis pada pukul 10 malam.

Kejadian dipercayai berpunca suspek marahkan pemandu terbabit kerana dimaki dan cuba ambil semula wang bayaran tambang menyebabkan dia bertindak demikian.

Hasil siasatan mendapati suspek adalah anak sulung daripada empat beradik dan bukan dalam kalangan keluarga bermasalah.

Polis turut merampas sebilah pisau berhulu hitam berukuran 25 sentimeter (cm) yang ditinggalkan remaja lelaki tersebut di tempat kejadian.

BACA: Abang E-Hailing Halau Budak Uni Masuk Kereta Lebih Had

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas