Trending
“Bukan Bermaksud Kita Hina Orang Miskin” – Fedtri Yahya Tampil Jelaskan Makna Lagu Sesuci Lebaran
Pada
Oleh
Tular satu video di media sosial selepas seorang lelaki mendakwa lagu raya ‘Sesuci Lebaran’ dendangan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai sebuah lagu yang toksik. Lelaki berkenaan mendakwa bait lirik ‘bantulah miskin hina’ itu seakan menghina golongan miskin.
Namun video yang dimuat naik lelaki tersebut telah dipadam selepas mendapat kecaman dari warganet.
BACA: Dakwa Lirik Sesuci Lebaran Toksik, Lelaki Ini ‘Disekolahkan’ Warga Twitter
Susulan daripada itu, pengacara serta penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya tampil memberikan penjelasan mengenai makna bait lirik ‘ miskin hina ‘ dalam lagu Sesuci Lebaran.
@fedtriyahya Miskin hina hanyalah kiasan saja. Kena banyak membaca 😀 #sesucilebaran ♬ Sesuci Lebaran – Siti Nurhaliza
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Fedtri menjelaskan bahawa miskin hina itu tidak bermaksud kita menghina orang miskin tetapi ia hanya perkataan yang menunjukkan bahawa miskin itu taraf lebih rendah dari kaya.
Bukan bermaksud kita hina, kutuk, ‘insult’. Itu bukan ya, Tapi menunjukkan bahawa merendahkan diri dan status sosialnya.
Dalam doa pun kita digalakan untuk menghinakan diri kepada Allah, bermaksud kita rendahkan diri kita untuk memohon sesuatu yang terbaik, Hidayah ke, Taufiq ke atau keampunan. Kita menghinakan diri kepada Allah. Bermaksud kita betul-betul letakkan diri kita di taraf yang bawah, di atas hanya Allah yang berkuasa.
Fedtri turut menasihati agar setiap orang itu harus memperbanyakkan membaca kerana banyak maksud dan kiasan di dalam Bahasa Melayu.
Jadi kena banyak membaca sebab Bahasa Melayu mempunyai banyak maksud, banyak kiasan dan banyak falsafah di sebalik perkataan itu.
Kredit: TikTok Fedtri Yahya
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Menteri Besar Negeri Sembilan dakwa Surat Cara Proklamasi ditandatangani secara paksa dan laporan polis sudah dibuat.
Lima mangsa nahas helikopter FDS di Long Lellang disahkan maut selepas pesawat terhempas di hujung landasan...
Menantu Datuk Abdah Alif sambut isteri baharu legenda bola sepak itu dan kongsi hubungan mereka sekeluarga.
Datuk Abdah Alif sah bernikah pada 27 Ogos lalu di Kuala Terengganu selepas perkara itu disahkan...
Farahdhiya terkejut dengan babak sensitif dalam drama Madu Atau Racun dan persoal bagaimana adegan tersebut boleh...
19 September sehingga 4 Oktober 2026
Sukan Asia 2026 telah bermula!