Connect with us

Oh! Media

Bukan 1 Tapi 3 Terus! Iklan Raya CelcomDigi Paling Rare Tahun Ni, Kisah Kembar Nakal Paling Touching

Trending

Bukan 1 Tapi 3 Terus! Iklan Raya CelcomDigi Paling Rare Tahun Ni, Kisah Kembar Nakal Paling Touching

Istimewa untuk Raya tahun ini, CelcomDigi melancarkan bukan 1, bukan 2 tapi 3 video iklan Raya terus! Bila hanya satu terlalu mainstream, Celcom Digi go big nampaknya tahun ni.

Lebih menarik, CelcomDigi berkolaborasi dengan 3 pembikin filem muda berpotensi dalam menyampaikan cerita masing-masing dengan tema Bukalah Hati.

Masing-masing ada cerita dan stail tersendiri berkarya dan menyampaikan dan berkongsi dengan khalayak ramai mengenai perspektif mereka.

IKLAN

Aidil dan Fitri

Kisah 2 kembar yang panjang akal. Ada je cara mereka untuk mengelat dari tugasan diberikan mama. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Kerana satu insiden, membuatkan Aidil dan Fitri lebih menghargai mama mereka. Nak tahu apa? Kenalah tonton sampai habis!

Sabar, Cikgu

Apa yang jadi bila cikgu bukan Muslim cuba-cuba puasa sebab nak fahami lebih dekat pengalaman anak murid? Lucu tapi comel je.

Anak-anak murid pun cukup supportive, tapi babak last tu paling menyentuh hati. Walaupun berbeza, setiap perbezaan boleh diraikan apabila kita ambil masa untuk memahami dan mendalami erti penerimaan dan keterbukaan.

Pulangkan Kasih

Mungkin iklan Raya yang ni ramai yang boleh relate. Tentang seorang bapa yang nampak macam hati kering, langsung tak kisah mengenai si anak. Tapi dalam hati dia sahaja yang tahu.

Salah si bapa yang tak pandai meluahkan kasih sayang, atau salah si anak yang kurang faham maksud dan isi hati si ayah? Paling deep, paling menyentuh hati yang ni.

Korang dah layan ke semua iklan CelcomDigi ni? Mana satu paling favourite korang?

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas