Connect with us

Oh! Media

Orang Nogori Sembilan Handa! Viral Pula Budak Bawa Treler HINO

Ohmedia budak bawa trelerpng

Trending

Orang Nogori Sembilan Handa! Viral Pula Budak Bawa Treler HINO

Handa betul orang Nogori Sembilan ni. Kenapa Ohmedia cakap macam ni? Haa, kalau semalam viral budak lelaki umur 9 tahun bawa Proton Saga bapa dekat Rembau, hari ni viral pula kanak-kanak lain memandu lori treler yang dipercayai berlaku di Seremban.

Video ini tersebar melalui aplikasi Whatsapp berdurasi 1:18 minit di mana kanak-kanak terbabit membawa lori treler jenis HINO.

Bagaimanapun, pihak polis sekarang sedang memburu pula bapa kepada kanak-kanak pandu treler terbabit.

IKLAN

Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut adalah berlaku di kawasan Rantau, Seremban. Oleh yang demikian, satu laporan polis telah diterima berkait video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu lori treler. – Kata Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohd Said Bin Ibrahim.

Jika berlaku kes seperti ini, ia akan disiasat di bawak seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.




Kredit: Ibu Pebat Polis Daerah Seremban

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas