Connect with us

Oh! Media

‘Buat Duit’ Dengan Cara Rakam Aksi Lucah, Pasangan Kekasih Ditahan Polis

Pasangankekasih

Trending

‘Buat Duit’ Dengan Cara Rakam Aksi Lucah, Pasangan Kekasih Ditahan Polis

Jana pendapatan dengan cara merakam dan menjual video aksi lucah, satu pasangan kekasih dari Surabaya ditahan pihak polis selepas kegiatan mereka berjaya dikesan.

BACA: Pasangan Mengaku Bersalah Curi Gelang Emas, Bakal Beraya Di Penjara

Memetik laporan daripada Utusan, penangkapan itu berjaya dibuat pihak polis selepas aksi terlarang wanita berkebaya merah bersama seorang lelaki di sebuah hotel tersebar di media sosial.

IKLAN

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Khas Jawa Timur, Komisioner Farman memaklumkan bahawa sebanyak 92 lagi video lucah dengan pelbagai tajuk serta beberapa gambar tanpa seurat benang ditemui pegawainya.

Tambah Farman lagi, kedua-dua suspek itu bukan sahaja merakam aksi-aksi lucah mereka malah, mereka turut menjual video berkenaan menerusi dua akaun Twitter milik mereka.

Suspek juga dikatakan menggunakan aplikasi Telegram untuk menghantar video-video tersebut dan menawarkan harga mencecah jutaan rupiah kepada para pembelinya.

Dalam aplikasi perbualan yang kami lihat, suspek dan bakal pembeli akan membuat perjanjian harga malah pembeli juga boleh memesan tema video yang mereka inginkan.

Berdasarkan kenyataan suspek, pembeli video mereka bukan sahaja dari dalam negara, malah luar negara juga. Mereka menjalankan aktiviti ini dengan bergilir-gilir mengambil gambar menggunakan telefon bimbit.

Pasangan itu akan didakwa atas kesalahan merakam serta menyebarkan bahan pornografi dan bakal berdepan hukuman penjara melebihi lima tahun.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas