Connect with us

Oh! Media

“Bossku Mesti Rindu Caramel Macchiato” – Anak Najib Sedih Teringat Bapa Di Penjara

Anak Najib

Trending

“Bossku Mesti Rindu Caramel Macchiato” – Anak Najib Sedih Teringat Bapa Di Penjara

Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa meluahkan rasa rindu dengan bapanya yang kini di penjara di atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

BACA: “Terus Kuat, Allah Bersamamu” – Yana Najib Titip Ucapan Untuk Bapa, Akan Terus Berjuang Demi Keadilan

Menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story, Yana berkata dia tak dapat membeli barangan keperluan harian seperti biasa kerana serba salah. Dia teringat bapa makan apa di penjara.

IKLAN

Kata Yana, bapanya juga mesti rindu dengan air kegemarannya iaitu Caramel Macchiato daripada Starbucks.

Yana bossku

Sesiapa yang mengenali bapanya pasti tahu Bossku suka makan dan sebagai seorang anak dia merindui momen-momen membelikan makanan kegemaran bapanya itu.

Dalam pada itu, Najib Razak dikhabarkan dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia juga berpeluang berjumpa peguam dan ahli keluarga mengikut masa yang ditetapkan.

Beliau banyak menggunakan masa untuk mencatit pendapat dan menyerahkannya kepada peguam atau ahli keluarga untuk dikongsi kepada semua.

Kredit: Instagram Yana Najib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas