Connect with us

Oh! Media

Trending

Boss Susu Perkenal Perisa Banana Milk & Dakwa Akan Buat Kita ‘Lopa’ Susu Pisang Lain

Kebanyakan rakyat Malaysia memang tergila-gilakan susu berperisa pisang dan banyak jenama dah mula keluarkan perisa ini.

Terkini, jenama Farm Fresh pula muncul dengan satu gambar kotak susu perisa pisang yang membuatkan ramai orang tak sabar untuk mencuba.

IKLAN

Gambar design kotak susu pijang Farm Fresh ini dikongsikan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal atau lebih popular dipanggil Boss Susu dan ia dipercayai akan masuk pasaran tidak lama lagi.

Annyeonghaseyo. Susu pisang sebenar sudah mari. Lepas pekena sekotak terus pandai cakap korea dan anda Lopa susu phishang yg lain. – Katanya.

Comel je kotak susu pisang ni. Kalau susu perisa kurma keluaran Farm Fresh pun dah sedap berbanding yang lain, perisa pisang macam mana pula kan?

Bagaimanapun, Boss Susu masih tidak mendedahkan tarikh susu pisang Farm Fresh ini akan dikeluarkan. Akan tetapi, proses penyediaan bekalan sudahpun bergerak dan akan dipasarkan dalam masa terdekat.

Kredit: Azmi Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas