Connect with us

Oh! Media

‘Boleh Tahan 2 Hingga 6 Bulan’ – Isu Lauk ‘Frozen’ Diperdebat, Ini Respon Pakar Kimia

Trending

‘Boleh Tahan 2 Hingga 6 Bulan’ – Isu Lauk ‘Frozen’ Diperdebat, Ini Respon Pakar Kimia

Bagi wanita yang sibuk bekerja, mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk menguruskan hal rumah tangga. Kerja rumah yang tertangguh hanya boleh dilangsaikan apabila tiba hujung minggu.

ADVERTISEMENT

Malah, ada sesetengah isteri memilih untuk menyejukbekukan makanan untuk tempoh seminggu sekali gus. Bila nak makan, hanya perlu dipanaskan sahaja. Mudah kan?

Di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN), seorang lelaki berkongsi foto masakan yang sudah siap disediakan isteri. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

Ada yang menggalakkan cara tersebut untuk menjimatkan masa, namun ada juga yang ‘tidak berselera’ makan lauk yang dipanaskan.

Foto: Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Pakar Kimia, Fatimah Salim menerusi laman Makmal Makanan (MaMa) menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai ketahanan makanan tersebut. Katanya, makanan yang disejukbeku boleh bertahan sehingga dua ke enam bulan.

Bagus sebenarnya kaedah tuan yang menyiarkan ini. Jimat, cepat dan mudah. Apa lagi untuk mereka yang mempunyai rutin kehidupan yang sibuk dan suami isteri keduanya bekerja. Saya sendiri juga biasa bekukan makanan yang berlebihan termasuklah nasi, sup, lauk pauk dan sayuran.

Bukan apa, saya juga suka dan rajin masak. Cuma ada masanya keadaan terdesak, kehabisan bahan mentah masakan atau meraikan sisi malas, makanan siap masak beku ini adalah penyelamat.

Sebenarnya makanan siap masak yang disejukbeku boleh bertahan 2 hingga 6 bulan bergantung kepada jenis bahan masakan dan keupayaan mengekalkan suhu peti sejuk. Nutrisi sedia ada juga kekal.

Foto: Azila Mohd Kasim

Tambahnya, selepas tempoh tersebut kita boleh memastikan sendiri keadaan makanan melalui rupa, warna dan struktur makanan tersebut.

Selepas tempoh ini, stabiliti komponen masakan akan mula terganggu dan kualitinya akan berkurangan. Keadaan ini kita boleh dipastikan melalui pemerhatian sendiri apabila rupa, warna dan struktur makanan telah berubah daripada yang asal.

Namun masih lagi selamat dimakan. Kita harus faham yang makanan boleh basi atau rosak disebabkan aktiviti bakteria atau pertumbuhan kulat (aka kuman) dan tindakbalas kimia yang berlaku pada komponen makanan. Kuman ini boleh datang daripada udara, tangan dan peralatan yang digunakan dalam pengendalian makanan yang telah dimasak.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, beliau berkata suhu sejuk di dalam peti sejuk beku akan merencatkan aktiviti kuman dan memperlahankan tindak balas kimia dalam makanan. Hal ini menyebabkan makanan lebih tahan lama.

Tips:

Untuk mengekalkan kualiti, elakkan menyahbeku berulang kali makanan yang sama. Elok bungkus dan simpan dalam bekas cukup untuk sekali makan seperti tuan siaran ini lakukan.

Keluarkan makanan lebih awal untuk menyahbeku sebelum dipanaskan untuk mengekalkan struktur makanan.

Sedar diri dengan ruang peti sejuk beku untuk penyimpanan. Dan pastikan kandungan peti sejukbeku lebih teratur untuk mengelakkan cemaran silang antara makanan, terutamanya yang tidak memerlukan pemanasan seperti ais batu.

Malah, kebanyakan makanan boleh dibekukan untuk meningkatkan jangka hayatnya. Bagi aspek pengekalan kualiti pula, ianya bergantung kepada jenis makanan itu sendiri.

Kredit: Fatimah Salim , Masak Apa Hari Ni (MAHN)

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas