Connect with us

Oh! Media

Bekas Pelajar MRSM Kini Jadi Jurutera TESLA, Terbaik!

Cover Photo Om 1200 X 675 34

Oh! Inspirasi

Bekas Pelajar MRSM Kini Jadi Jurutera TESLA, Terbaik!

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Fakhirah Khairuddin menjadi kebanggaan ramai apabila berjaya bergelar jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA.

Memetik perkongsian Dr. Zulkifli Hussain, Fakhirah merupakan pelajar kumpulan pertama di MRSM Ulul Albab, Kota Putra. Selepas beberapa tahun di maktab, Fakhirah menerima tajaan MARA untuk melanjutkan pelajaran dalam Bachelor’s Degree Mechanical and Aerospace Engineering di University of California San Diego.

219813015 157914459758426 6630813313815239247 n

Beliau kemudiannya mengikuti program Master’s Degree Structural (Mechanical dan Aerospace) Engineering di bawah tajaan universiti. Fakhirah yang sedang menetap di Fremont, California kini bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di TESLA.

IKLAN

Jelas Dr. Zulkifli lagi, penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bercirikan mukmin profesional. Selain melahirkan pelajar cemerlang dalam bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics), mereka turut mencabar pelajar-pelajar menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.

Berbangga dengan pencapaian Fakhirah, beliau mendoakan semoga gadis muda ini berjaya menabur bakti walau di mana berada. Menyifatkan Fakhirah sebagai salah seorang ‘produk’ MRSM yang membanggakan, beliau berharap ilmu yang dipelajari sebagai pelajar sentiasa tersemat di hati.

Perkongsian ini turut mendapat ucapan tahniah daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA). Menurutnya, kejayaan yang dikecapi Fakhirah menjadi contoh buat pelajar-pelajar yang lain.

Kredit: Dr. Zulkifli Hussain | Majlis Amanah Rakyat | Fakhirah Khairuddin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas