Connect with us

Oh! Media

“Bila Suami Pegang Tangan, Dia Akan Jeling Saya” – Wanita ‘Pening’ Dengan Perangai Adik Ipar Yang Terlalu Cemburu

Trending

“Bila Suami Pegang Tangan, Dia Akan Jeling Saya” – Wanita ‘Pening’ Dengan Perangai Adik Ipar Yang Terlalu Cemburu

Bila korang kahwin, pernah tak korang berdepan dengan situasi kakak atau adik ipar yang terlalu manja dengan suami?

ADVERTISEMENT

BACA: Wanita Tengah Pantang Anak Kembar Maut, Suami Selalu Gersang Paksa Layan Nafsu Batin

Bukan sahaja manja, tapi mereka juga akan cemburu setiap kali melihat korang bermanja dan bermesra dengan pasangan.

Hah! Itulah luahan dikongsi seorang wanita kepada ConfessTweetMy di Twitter mengenai adik iparnya.

Menerusi luahan tersebut, wanita itu mendedahkan bahawa dia yang baru sahaja berkahwin sekitar dua bulan yang lalu begitu buntu dengan perangai adik iparnya yang akan ‘menarik muka’ setiap kali melihat dia dan suami bermanja ataupun berpegangan tangan.

Tak cukup dengan itu, apabila mereka menaiki kereta bersama-sama, adik iparnya itu pasti mahu duduk di bahagian hadapan bersebelahan dengan suami sehinggakan si pengadu terpaksa duduk di belakang.

Walaupun suami dah nasihatkan dia, mesti dia berkeras juga lepas tu merajuk tarik muka.

Tambah wanita itu lagi, dia sangat kasihankan suaminya yang perlu melayan karenah adik iparnya yang seakan cemburu setiap kali suaminya memberikan hadiah kepadanya.

Bila adik ipar tahu suami belikan barang atau bawa saya bercuti, nanti mesti dia request benda sama dekat suami saya. Saya kesian dengan suami saya nak melayan permintaan dia padahal adik dia bekerja.

Tak cukup dengan itu, adik iparnya itu juga sanggup untuk tidak hadirkan diri ketika keluarga mereka mengadakan majlis kenduri hanya kerana si pengadu turut hadir di kenduri berkenaan.

Di akhir luahannya itu, wanita itu meminta agar warganet yang membaca luahannya ini mendoakan agar dia terus kuat dan tabah mengharungi perkara ini.

Kredit: Twitter ConfessTweetMy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ke Atas