Connect with us

Oh! Media

“Bila Suami Minta Air Cuci Mata Pedih, Mereka Sanggup Menyepak Kepalanya..” – Isteri Pakcik OKU

Ohmedia isteri pakcik oku dipukul

Oh! Tidak

“Bila Suami Minta Air Cuci Mata Pedih, Mereka Sanggup Menyepak Kepalanya..” – Isteri Pakcik OKU

Peristiwa menyayat hati yang berlaku di Pasar Tani Padang Astaka, Jumaat lalu, jelas menunjukkan betapa parahnya masyarakat kita. Video kejadian tersebut yang tersebar di media sosial telah mengundang pelbagai reaksi netizen, malah isteri mangsa tampil bersuara mengenai insiden itu.

Faridah Abdul Karim, 44, isteri kepada Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, meluahkan kesedihannya atas perlakuan melampau beberapa individu yang mengheret, menyepak, memukul, dan mencurahkan mi goreng di atas kepala suaminya.

“Mereka tak berperikemanusiaan”- Faridah.

Bila melihat rakaman video itu, hati saya hancur dan sangat sedih. Suami sudah beberapa kali memohon maaf, tapi mereka tetap memukulnya.

Malah, bila suami minta air untuk cuci mata, mereka sanggup menyepak kepalanya.- Katanya kepada pihak media.

Kalau benar suami bersalah, mereka boleh datang jumpa saya. Saya sanggup bayar ganti rugi.- Luahnya.

Faridah turut mempersoalkan tindakan mereka yang seolah-olah hilang pertimbangan. Menurutnya, walaupun suaminya mungkin bersalah melanggar sebuah gerai makanan di pasar itu, masalah tersebut sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik.

IKLAN

Bantuan khidmat guaman untuk keadilan…

Dalam usaha mendapatkan keadilan, Faridah bersyukur apabila Pergerakan Pemuda Umno tampil menawarkan khidmat guaman percuma untuk membela keluarganya.

Saya terharu dengan sokongan yang diberikan, termasuk kata-kata semangat daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Dr Mohamad Akhmal Saleh.- Jelasnya.

Faridah juga berterima kasih kepada individu yang cuba menghalang orang ramai daripada terus memukul suaminya.

BACA: YB Sedia Tawar Khidmat Peguam Percuma Untuk Lelaki OKU Jadi Mangsa Pukul

Isteri dedah suami tak pernah tinggal solat walaupun ada masalah mental…

Image

Faridah menggambarkan suaminya sebagai seorang lelaki yang taat beribadah, walaupun menghadapi kekangan mental.

Sepanjang 25 tahun hidup bersama, suami tak pernah tinggal solat. Dia selalu berjemaah di masjid walaupun sakit. Suami saya bukan jenis ganas, cuma mulut dia sedikit lantang.- Katanya.

Faridah percaya, jika pada hari kejadian pihak terbabit mengugut suaminya untuk menghubungi polis, suaminya pasti akan takut dan kejadian buruk seperti ini tidak akan berlaku.

#OhmediaNasihat

Jangan cepat bertindak melulu, lebih-lebih lagi jika berdepan situasi tegang. Tindakan kekerasan bukan penyelesaian, sebaliknya perbincangan secara baik mampu meredakan keadaan. Ingat, hormati sesama manusia dan hargai nilai kemanusiaan.

Ohmedia isteri pakcik oku dipukul

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas