Connect with us

Oh! Media

“Bila Ada Gelaran Ibarat Tak Boleh Buat Dosa”, PU Abu Enggan Digelar Ustaz, Anggap Gelaran Sebagai Ujian Besar

pu abu

Oh! Artis

“Bila Ada Gelaran Ibarat Tak Boleh Buat Dosa”, PU Abu Enggan Digelar Ustaz, Anggap Gelaran Sebagai Ujian Besar

Pendakwah bebas, PU Abu menyatakan dia tidak mahu lagi digelar Ustaz atau Pencetus Ummah kerana berasa tidak layak selepas sering terpalit dengan beberapa kontroversi.

ADVERTISEMENT

Menurut, PU Abu atau nama sebenarnya, Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi berkata gelaran tersebut dengan tanggungjawab yang sangat besar.

Saya bukan ustaz dan tidak selesa digelar ustaz, saya lebih suka kalau orang panggil Abu atau Abu Sufyan.

Bukan itu sahaja, Pu Abu menganggap gelaran ustaz yang diberikan kepadanya itu sebagai satu ujian buat dirinya.

Bila ada gelaran, ibarat tak boleh buat dosa dan kena maksum. Saya akui memang berat. Jadi ini adalah saya, bukan ustaz atau PU (Pencetus Ummah).

Ketika saya mendapat gelaran tersebut daripada sebuah rancangan televisyen, saya sedaya upaya menjaga gelaran itu.

Ini kerana saya lihat gelaran itu hakikatnya sebagai ujian besar untuk saya ‘membawanya’ melalui kehidupan, bukan satu anugerah.

pu abu

Dalam pada itu, dia turut menyedari ramai agamawan yang sering terpalit dengan kontroversi termasuk dirinya, PU Abu memaklumkan golongan ustaz juga manusia biasa yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan.

Setiap manusia, ujiannya berbeza-beza tidak kiralah dia seorang ustaz, ilmuan agama mahu pun insan biasa.

BACA: “Sabar, Sabar Dan Sabar” – PU Abu Semakin Bahagia, Kongsi Tips Poligami

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas