Connect with us

Oh! Media

”Beta Tiada Halangan Sekiranya Kampung Baru Hendak Dibangunkan Seiring Peredaran Zaman” – Sultan Selangor

Ohmedia sultan Selangor Kampung Baru

Trending

”Beta Tiada Halangan Sekiranya Kampung Baru Hendak Dibangunkan Seiring Peredaran Zaman” – Sultan Selangor

Sultan Selangor titah isu Kampung Baru dikendalikandengan teliti berhemah.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya isu pembangunan Kampung Baru dikendalikan dengan penuh teliti dan berhemah. 

Menurut laporan Harian Metro, Baginda menegaskan bahawa kawasan itu adalah simbol maruah dan kelangsungan orang Melayu di Kuala Lumpur.

Beta tiada halangan sekiranya Kampung Baru hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syaratnya harus jelas dan berpihak kepada orang Melayu.

Sejarah panjang Kampung Baru

Kampung Baru

Baginda turut mengingatkan bahawa Kampung Baru ditubuhkan sejak 1899, hasil kurniaan Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (MAS) untuk masyarakat Melayu.

IKLAN

Kawasan itu juga menjadi saksi kepada banyak peristiwa bersejarah:

  • Kongres Melayu SeMalaya 1946 di Kelab Sultan Sulaiman yang mencetuskan penubuhan UMNO.
  • Tragedi 13 Mei 1969, di mana Kelab Sultan Sulaiman menjadi tempat perlindungan orang Melayu.
  • Padang Kelab Sultan Sulaiman pernah digunakan sebagai pusat latihan bola sepak Selangor sebelum wujudnya Stadium Merdeka.

Nostalgia dan legasi Kampung Baru

Kampung Baru

Sultan Sharafuddin sendiri pernah menetap dan bersekolah di kawasan itu, malah mengaitkan memori peribadi dengan keluarga baginda. Baginda menegaskan, Masjid Jamek Kampung Baru perlu kekal di lokasi asal sebagai simbol warisan.

Sesungguhnya, Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.

Pssttt! Sejarah bukan sekadar kenangan, tetapi warisan yang wajib dipertahankan. Pembangunan itu penting, namun jangan sampai maruah bangsa tergadai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas