Trending
“Besar Pahala Jaga Anak Yatim” – Jaga Sejak Usia 3 Bulan, Keikhlasan Pak Cik Ini Buat Ramai Menangis
Pada
Oleh
Viral di media sosial semalam foto dan video memaparkan tindakan spontan seorang lelaki tua mengangkat anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah dalam perbarisan sempena Hari Penguat Kuasa.
Ramai yang menitiskan air mata melihat susuk tubuhnya yang laju berlari sehingga selipar terlucut demi menyelamatkan anak saudaranya yang hampir pengsan.
Memetik laporan Sinar Harian, pak cik berbaju Melayu merah jambu yang disangka bapa sebenarnya sudah menjaga anggota penguatkuasa, Nik Mohamad Adhar, yang merupakan anak yatim sejak dia berusia tiga bulan.
Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga bulan manakala ayah pula meninggal sewaktu saya berumur tujuh tahun.
Kata Nik Mohamad Adhar, bapa saudaranya Abdul Aziz yang dipanggil abah serta ibu saudara, Rosmawati Ismail, yang dipanggil emak tidak pernah membezakan dia dengan 6 anaknya yang lain.
Dari kecil sampai sekarang, layanannya sama seperti anak sendiri.
Pada hari kejadian, Adhar kurang sihat dan ketika ‘abahnya’ datang melulu itu merupakan kali kedua dia rebah. Katanya kali pertama dia masih boleh bangun, kali kedua rebah barulah abahnya datang mengangkat serta memeluknya dari belakang.
@zamanajmain Kasihnya Seorang Ayah #kpdnhep #tamatlatihan #fyp #fy #fypシ #fypシ゚viral #content #contentcreator #xybca #tiktok #tiktokmalaysia #cikgupenjara #henrygurney #youtube #zamanajmain ♬ Yasir Lana – arief akdw
Keikhlasan yang ditunjukkan pak cik ini telah menyentuh hati netizen. Netizen memuji sikapnya yang menjaga dan mendidik Adhar seperti anak sendiri.



Nik Mohamad Adhar juga merupakan anak angkat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang diambil sejak pemuda itu bersekolah di Genting Tumpat.
Kredit: Sinar Harian | TikTok @zamanajmain
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup 5kg kokain. Seorang suspek mendakwa petugas...
Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki menyeludup kokain bernilai RM3.2 juta yang ditemukan tersembunyi...
Seorang kerabat Diraja Terengganu mendakwa kehilangan RM1.985 juta daripada dua akaun bank miliknya sehingga hanya berbaki...
Yusof Haslam memaafkan Tisha Shamshir susulan kontroversi kes dadah, namun kemunculannya semula dalam Gerak Khas 2.0...
Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cuai selepas didakwa melanggar dua pelajar di...