Connect with us

Oh! Media

Penyamun Bertindak Sembunyikan Bayi Lelaki Di Dalam Tong, Selepas Gagal Dapatkan RM50,000

553b8891 dee6 4557 965a 675ffb17112f

Trending

Penyamun Bertindak Sembunyikan Bayi Lelaki Di Dalam Tong, Selepas Gagal Dapatkan RM50,000

Sebuah kediaman keluarga yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang dilaporkan telah dipecah masuk oleh dua orang penyamun pada Isnin lepas. Selain memecah masuk kediaman mangsa, mereka ini juga dipercayai sempat menyembunyikan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan di dalam tong polisterina di kediaman keluarga itu di flat Jalan Van Praagh. 

Ibu mangsa berdepan detik cemas apabila bayi lelakinya yang berusia tiga bulan itu hilang selepas disorokkan oleh dua penyamun yang pada waktu kejadian telah menyamar sebagai wakil syarikat kurier.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu selepas keluarga mangsa gagal memperolehi wang sebanyak RM50,000 seperti yang mereka dimahukan.

IKLAN

Hari ini di media, Polis Daerah Timur Laut dilaporkan telah mengedarkan lakaran wajah salah seorang penyamun yang telah bertindak menyembunyikan bayi lelaki yang berusia tiga bulan itu.

B57960eb 3db9 413b 900a c22a84494697

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki  yang dipercayai berketurunan Cina berusia dalam lingkungan 30-an itu adalah diantara dua suspek yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, pihak polis kini masih giat memburu suspek-suspek itu berdasarkan laporan dan lakaran wajah yang diperoleh hasil maklumat daripada keluarga mangsa.

Polis sedang meneliti sistem rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan lif flat berkenaan bagi mengesan indentiti suspek itu.

Kita difahamkan, suspek naik ke rumah mangsa di aras lima dengan menggunakan tangga bagi elak dikesan atau dikenalpasti pihak berkuasa. – Kata Soffian.

Bayi lelaki itu juga dilaporkan telah ditemui dengan keadaan mulutnya disumbat dengan tuala kecil dan ditampal pita pelekat, di dalam tong bilik rumah mangsa kira-kira sejam kemudian. 

A7f82be2 2b21 4419 8cda b72bbe78e405

Beliau juga turut meminta kerjasama orang ramai untuk bersama membantu salurkan maklumat mengenai suspek, melalui lakaran wajah yang telah diedarkan hari ini.

Maklumat boleh disalurkan di mana-mana sahaja balai polis berdekatan atau boleh juga dilaporkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Nurfaiz Fathi Marhom di talian 04-2825922 (sambungan 228).

Kredit: Kosmo

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas