Connect with us

Trending

Beri Email Yang Mengelirukan, Pos Malaysia Dedah Taktik Terbaharu ‘Scammer’

Sejak akhir-akhir ini, terdapat banyak kejadian scammer melibatkan penghantaran parcel atau barang yang diberi secara atas talian.

BACA: Lelaki Ini Terkejut Terima Barang Sihir Guna Pos Laju

IKLAN

Sebelum ini, kecoh isu mengenai sebuah syarikat penghantaran kurier palsu yang menyuruh pelanggan membayar walaupun barang tersebut bukan kepunyaannya.

Walaupun ia dipandang remeh, namun aktiviti penipuan ini mampu memberikan kesan yang buruk serta mampu menyebabkan seseorang mengalami kerugian yang banyak.

Pos Malaysia dedah taktik terbaharu scammer

Terbaharu, syarikat penghantaran barang, Pos Malaysia telah berjaya mengesan taktik yang baru digunakan oleh para scammer untuk mendapatkan keuntungan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, aktiviti terbaharu itu adalah dengan menggunakan emel beserta logo pos lagu bagi tujuan mengelirukan masyarakat.

Menurutnya, individu tidak bertanggungjawab itu akan menghantar pesanan melalui emel untuk menyatakan bahawa barang yang dipesan tidak dapat dihantar.

Pengguna juga akan diminta untuk membayar custom duties bagi melengkapkan penghantaran dan membolehkan barang tersebut dihantar ke rumah.

Kami telah mengesan satu penipuan melalui emel yang menggunakan logo Pos Malaysia untuk mengelirukan orang ramai.

Pada emel itu juga, pengguna akan diberikan satu pautan untuk dibawa ke sebuah laman web palsu bagi membuat pembayaran termasuklah pendedahan kepada maklumat kredit kad.

Oleh itu, pihak Pos Malaysia memberikan nasihat bagi sesiapa yang menerima pesanan emel tersebut untuk tidak klik pada pautan yang disediakan.

Emel tersebut mengandungi pautan ke laman web yang palsu. Para pelanggan dinasihatkan agar tidak klik pada pautan tersebut atau mendedahkan maklumat kad kredit.

Jika anda telah menerima emel sedemikian, padamkan dengan segera.

Mengakhiri perkongsian itu, pihak pos Malaysia turut meminta kerjasama orang ramai agar berkongsikan hantaran tersebut bagi memberikan kesedaran terhadap orang ramai.

Kredit: Facebook Pos Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas