Connect with us

Oh! Media

Beratus Tan Ikan Tilapia Dan Emas Mati, Nelayan Hilang Punca Pendapatan

Article 3 14 12

Trending

Beratus Tan Ikan Tilapia Dan Emas Mati, Nelayan Hilang Punca Pendapatan

Kejadian di Tasik Maninjau di Sumatera Barat, Indonesia, sebanyak 200 tan ikan tilapia dan emas mati akibat hujan lebat.

BACA: Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus, Komen Netizen Bikin Terhibur

Menerusi laporan Utusan, fenomena ini dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda daerah itu pada minggu lalu, iaitu hujan lebat dan angin kencang.

IKLAN

Ikan diternak sebagai sumber pendapatan penduduk

Tan Ikan
Dua nelayan melihat ratusan ikan mati Foto Utusan

Pegawai Perikanan Tanjungraya, Asrul Deni Putra menyatakan semua ikan ini diternak oleh penduduk kampung sebagai sumber pendapatan harian mereka.

Kematian jutaan tan ikan mati berlaku di dua perkampungan, iaitu Nagari Tanjung dan Nagari Koto.

Hujan lebat dan angin kencang yang berlaku menyebabkan perubahan air di dasar tasik tersebut.

Perubahan arus menyebabkan sisa makanan yang dicemari amonia dan terkumpul di dasar tasik timbul ke atas, lalu meracuni ikan dalam sangkar.

Menurut Asrul, ikan-ikan tersebut mati beberapa jam selepas berlakunya hujan lebat.

Semoga penduduk kampung itu tabah menerima dugaan yang melanda dan semoga urusan mereka mencari rezeki dipermudahkan.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas