Connect with us

Oh! Media

Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus, Komen Netizen Bikin Terhibur

Trending

Jumpa Objek Dipercayai Muntah Ikan Paus, Komen Netizen Bikin Terhibur

Seorang wanita dikenali sebagai Aida Zurina Long mendakwa menjumpai ketulan seperti lilin dipercayai muntah ikan paus ketika sedang memancing bersama keluarga di Marang, Terengganu.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Selamat Selepas Berdepan Detik Cemas Ditelan Ikan Paus

Wanita tersebut pada awalnya menyangkakan ketulan itu hanya sampah. Sebaik ditunjukkan kepada bapa, bapa mendakwa itu adalah muntah ikan paus.

Malah, ketulan itu meleleh seperti lilin dan mengeluarkan bau wangi ketika bapanya cuba membakar sedikit objek itu.

Aida yang merupakan pengusaha kedai makan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak menjalankan ujian untuk menentukan kesahihan objek itu.

Meninjau ke ruangan komen perkongsian portal berita Harian Metro, orang ramai mula berseloroh mendakwa wanita ini akan menjadi jutawan segera jika ianya tulen.

Malah, ada juga yang meninggalkan komen lucu mengakui wanita ini sebagai adik beradik yang terpisah sejak sekian lama.

muntah ikan paus
muntah ikan paus
muntah ikan paus

Ada yang mendakwa ketulan yang dikenali sebagai ambergris mempunyai nilai yang sangat tinggi dan dicari-cari oleh pembuat industri minyak wangi.

Pendek cerita, ianya merupakan salah satu ramuan terpenting untuk membuat minyak wangi.

muntah ikan paus

Februari lalu, muntah ikan paus pernah ditemukan oleh seorang nelayan di Pantai Niyom Surat Thani, Thailand.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas