Connect with us

Oh! Media

Berang Kerana Bolos, Penyokong Selangor FC Maki Pemain?

Penyokong Selangor FC maki pemain meskipun catatkan kemenangan

Trending

Berang Kerana Bolos, Penyokong Selangor FC Maki Pemain?

Sukan bolasepak merupakan sukan nombor satu yang diminati oleh rakyat Malaysia. Tempo permainan yang rancak dan mendebarkan menjadi faktor ia dipilih sebagai sukan nombor satu negara.

ADVERTISEMENT

Meskipun ketika ini kita sedang menyambut bulan Ramadan, kejohanan Liga Super Malaysia tetap diteruskan seperti biasa.

BACA: Lelaki Ini Tak Puas Hati, Beratur Lama Tapi Tak Dapat Beli Nasi Chef Ammar?

Semalam, telah berlangsung beberapa perlawanan Liga Super Malaysia melibatkan beberapa pasukan yang bertanding. Namun, terdapat satu insiden yang berlaku melibatkan penyokong dan pemain yang menjadi perbualan ramai sehingga ia tular di media sosial.

Maki pemain Selangor FC

@hakimsumbak99 Bawa Bersabar Bang…Pemain Dah Buat Yg Terbaik…Sepatutnya Kita Sebagai Fans Sejati Kena Bagi Kata2 Semangat,Bukan Maki Mcm Ni😂Nk Marah Pom Biarlah Ayat Tu Sesuai Kan,Pemain Blh Terima Teguran Dari Fans..Cuma Kata2 Kesat Tu Bagi Sy Xsepatutnya Berlaku😉 #assalamualaikum #hakimsumbak #fanskelantantrwchannel #selangorfc #selangorfans #penyokongselangor #ultrasselangor #viral #makiplayer #selangortv #selangortiktok #gaduh ♬ bunyi asal – Youtube Hakim Sumbak

Menerusi video yang dimuat naik @hakimsumbak99, kelihatan seorang penyokong berang dan memaki pemain Selangor FC kerana bolos meskipun memenangi perlawanan pada malam tadi.

Pemain import Selangor FC yang juga merupakan kapten untuk perlawanan malam tadi, Safuwan Baharudin dijadikan bahan tohmahan dan makian penyokong kerana berang dengan pemain yang bermain di posisi pertahanan itu.

Kau kalau nak champion, kalau dah bolos 30 (gol) macam season lepas, kepala b*t*h kau lah nak champion

Keadan yang agak tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan oleh beberapa pemain Selangor FC yang lain.

Netizen selar tindakan penyokong tersebut

Menerusi ruangan komen, rata-rata penyokong menyelar tindakan penyokong itu dan memberikan kata-kata semangat kepada semua pemain Selangor FC.

Pada perlawanan yang berlangsung malam tadi, Selangor FC menundukkan pasukan Kedah Darul Aman FC dengan jaringan 4-1.

Bila terjadi isu sebegini, dinasihatkan agar penyokong pasukan lain jadikan iktibar untuk tidak bertindak sedemikian. Sokonglah pasukan pilihan kamu tidak kira ketika menang ataupun kalah.

Ingatlah bahawa pemain bola sepak itu juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Tiada seorang pemain pun yang inginkan kekalahan bahkan mereka sudah lakukan yang terbaik.

Tambahan pula, mereka ketika ini sedang bermain di bulan Ramadan. Mungkin ia sedikit sebanyak menjadi faktor yang menjejaskan persembahan terbaik mereka di atas padang.

Kredit: TikTok hakimsumbak99

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas