Connect with us

Oh! Media

Bengang Kena Simbah Air, Petinju Muay Thai Tendang Lelaki ‘Biadap’

Article 3 10 2

Trending

Bengang Kena Simbah Air, Petinju Muay Thai Tendang Lelaki ‘Biadap’

Kejadian di Bangkok, Thailand, tular video pergaduhan seorang petinju muay thai bengang disimbah air oleh seorang lelaki di kedai makan.

BACA: Tular Video Lelaki Tunggang Motosikal Himpit Wanita Sambil ‘Main’ Kemaluan

Video pergaduhan itu telah dikongsikan sendiri oleh petinju muay thai, Pareploy Saeaia dengan menyatakan bahawa kejadian itu berlaku ketika dia sedang makan malam di daerah Huai Kwang, Bangkok.

IKLAN

Lelaki simbah bir kerana wanita tolak pelawaannya

Kejadian tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertindak untuk mendekati Pareploy dan mahu melagakan gelas tetapi Pareploy menolak pelawaan tersebut.

Selepas lima minit, lelaki tersebut kembali semula dan menyimbah bir ke seluruh badan Pareploy ketika dia sedang makan dan pergaduhan pun bermula.

Jika ini berlaku kepada wanita lain, mereka mungkin memilih untuk tidak bertindak balas. Lelaki itu memilih orang yang salah kerana saya seorang petinju.

Video yang dimuat naik itu menunjukkan Pareploy menumbuk dan tendang lelaki tersebut. Namun, lelaki tersebut masih tidak meminta maaf atas tindakan yang dilakukan itu.

Petinju Muay Thai

Kes tersebut telah pun diselesaikan di balai polis dengan permohonan maaf dan membayar denda sebanyak 1,000 baht iaitu RM127.19 setiap seorang.

Lelaki tersebut juga dikatakan telah dibuang kerja di sebuah hotel kerana telah mencemarkan reputasi tempat kerja.

Pareploy menjelaskan tindakannya itu hanyalah untuk mempertahankan maruahnya sebagai seorang wanita.

Kredit: Facebook | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas