Connect with us

Oh! Media

Benarkah Pingat Emas Sukan Olimpik Diperbuat Daripada 100% Emas Tulen?

Emas

Trending

Benarkah Pingat Emas Sukan Olimpik Diperbuat Daripada 100% Emas Tulen?

Setakat ini, kutipan pingat daripada atlet Malaysia dalam Olimpik Tokyo 2020 boleh dikatakan sebagai pencapaian terbaik walaupun tidak meraih sebarang pingat emas.

BACA: Proses Sebenar Penghasilan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020

Lebih daripada separuh kontinjen Malaysia yang bertanding adalah daripada lepasan sekolah sukan iaitu 18 daripada 30 atlet yang terlibat.

IKLAN

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana mereka mampu bersaing dengan nama-nama hebat di temasya Olimpik bagi merebut pingat yang disediakan dalam setiap acara.

Bercerita tentang pingat emas dalam sukan Olimpik, terdetik satu persoalan iaitu adakah ia diperbuat daripada 100% emas tulen?

Elemen yang perlu ada dalam setiap pingat

Copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of copy of untitled design

Sebelum kita merungkai perkara itu, mari kita lihat elemen-elemen yang perlu ada dalam setiap pingat menurut Majlis Olimpik Sedunia (IOC).

Setiap pingat yang direka, ia perlu memaparkan ukiran Nike, dewi yang berdiri di hadapan stadium dan simbol Olimpik yang terdiri daripada lima cincin.

Lakaran dewi tersebut merupakan dewi orang Yunani yang berdiri di hadapan stadium Panathinaikos dan ia merupakan elemen utama yang wajib ada.

Sebab itulah jika kita lihat medal olimpik yang terdahulu, mesti wajib ada ukiran dewi yunani ini pada salah satu permukaannya.

Selepas ketiga elemen ini dipenuhi, rekaan serta hiasan pingat tersebut akan menjadi tanggungjawab tuan rumah bagi menyerlahkan kreativiti mereka.

Kebiasaannya, tuan rumah akan cuba untuk meletakkan budaya atau elemen negara mereka bagi menghiasi kalungan hadiah tersebut

Perincian pingat berdasarkan IOC

Pingat

Walaupun reka bentuk serta hiasan adalah tanggungjawab daripada tuan rumah, namun mereka perlu mengikuti spesifikasi daripada IOC dalam proses penghasilannya.

Setiap pingat mempunyai diameter 85 mm dan ketebalan dari 7.7 mm sehingga 12.1 mm. Pingat emas perlu mempunyai berat diantara 450 gram hingga 800 gram.

Bagi pingat perak, berat keseluruhannya ialah sekitar 550 gram, manakala gangsa pula sekitar 450 gram.

Bahan-bahan yang digunakan

Medal 1

Persoalan yang sering ditanyakan, adakah pingat emas diperbuat daripada 100% emas tulen? Jawapannya, tidak.

Hal ini kerana pingat tersebut sebenarnya diperbuat daripada perak tulen yang permukaannya disadurkan dengan emas melebihi 6 gram.

Bagi pingat gangsa, ia diperbuat daripada campuran 95% tembaga dan 5% zink, manakala pingat perak pula diperbuat daripada 100% logam perak.

Menurut laporan Berita Harian, harga bagi setiap pingat dianggarkan sekitar AS$800 (RM3,380), perak sekitar AS$450 (RM1,901) dan gangsa AS$5 (RM22).

Kredit: Astro Awani I Berita Harian I Iluminasi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas