Connect with us

Oh! Media

Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google

Ohmedia khairul Aming Rembayung

Trending

Belum Dibuka Tapi Restoran Khairul Aming Dah Dapat ‘Review’ Negatif Di Google

Restoran Rembayung milik Khairul Aming terima review negatif walaupun belum dibuka, ada yang dengki ke?

Pengumuman restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, sepatutnya jadi detik gembira. Tapi lain pula jadinya apabila Google Reviews mula dipenuhi ulasan negatif walaupun pintu restoran itu masih belum dibuka.

BACA: Khairul Aming Umum Buka Restoran Pertama Lepas Setahun Simpan Rahsia, Modal Cecah RM4 Juta!

Menerusi beberapa screenshot tular, ulasan di Google Reviews menunjukkan rating rendah dan komen sinis oleh individu tidak dikenali.

IKLAN

Review ‘datang entah dari mana’, siap komen panjang macam dah makan

Khairul Aming
Khairul Aming

Lebih pelik lagi, ada review lengkap dengan komen panjang seolah-olah pelanggan sudah pun makan di Rembayung.

Sedangkan bangunan itu masih dalam proses akhir sebelum pembukaan rasmi. Di media sosial, ramai meluahkan rasa berang menganggap tindakan meninggalkan review palsu ni langsung tak matang.

Ada juga yang mempertahankan Khairul Aming, mengatakan review tersebut mungkin cubaan menjatuhkan reputasi awal restoran itu sebelum ia sempat beroperasi.

Pssttt! Tindakan meninggalkan review palsu sebelum restoran dibuka bukan saja mengelirukan, tapi menunjukkan sikap dengki yang masih wujud di media sosial. Oh! Media percaya usaha sebenar Khairul Aming akan lebih menyerlah apabila pelanggan betul mula memenuhi Rembayung kelak.

Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
arini
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas