Connect with us

Oh! Media

Bella Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah Hari Ini Kerana Demam

Befunky collage

Trending

Bella Tidak Dapat Hadir Ke Mahkamah Hari Ini Kerana Demam

Remaja orang kurang upaya (OKU), adik Nur Bella yang sepatutnya hadir bagi proses pengecaman di Mahkamah Sesyen tidak dapat hadir kerana mengalami demam.

BACA: “Selain Disimbah Air Panas, Bella Dipukul Setiap Malam” – Saksi

Laporan Metro menyatakan bahawa perkara itu dimaklumkan Azizah Mohamad, Timbalan Pendakwa Raya yang mengatakan bahawa Bella sepatutnya hadir bagi proses pengecaman terhadap tertuduh iaitu Siti Bainun Ahd Razali yang merupakan pengasas Rumah Bonda.

IKLAN

Disebabkan ini, proses pengecaman akan dijadualkan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Menurut Azizah Mohamad lagi, beberapa saksi lain yang juga merupakan penghuni kondominium yang menjadi lokasi kejadian turut dipanggil bagi proses pengecaman dilakukan.

Siti Bainun, 30, didakwa melakukan perbuatan mengabai dan menganiaya adik Nur Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan mental pada kanak-kanak kurang upaya itu.

Dia kemudiannya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan itu yang dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas