Trending
Bella Astillah Dedah Sebab Sebenar Sering Buat Live Dengan Anak
Bella Astillah akui terpaksa buat live dengan anak bagi elak kecaman netizen dan jelaskan isu sering dilihat bersama Syed Saddiq.
Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah tampil menjelaskan kenapa dia kerap membuat sesi siaran langsung di media sosial ketika bersama anak-anak.
Menerusi TikTok, Bella menjelaskan tindakan itu dibuat untuk mengelakkan salah faham dan kecaman netizen menerusi siaran langsung.
Sekarang ini walaupun sekejap kena juga buat live sebab nanti orang akan kata saya tak luangkan masa dengan anak-anak.
“Saya rekod tapi tak semua saya post” – Bella Astillah
Menurut Bella, bukan semua momen bersama anak-anak dikongsikan di media sosial kerana ada perkara yang ingin disimpan secara peribadi.
Masa dengan anak-anak amatlah berharga, saya ada rekod tapi tak semua saya post atau pun buat live.
Jawab isu dengan Syed Saddiq

Bella turut mengulas isu yang sering dikaitkan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang menurutnya hanya kelihatan kerap bersama kerana adanya video yang diambil oleh peminat atau pembantu peribadi.
Kalau saya dengan YB, akan ada peminat dan PA kami ambil video. Jadi orang nampak kami sentiasa bersama, padahal tidak pun.
Tambahnya lagi, artikel-artikel yang disiarkan media juga membuatkan orang ramai menyangka hubungan mereka terlalu rapat setiap hari.
Temu bual dibuat sekali sahaja, tapi dikeluarkan pada hari berbeza. Itu yang nampak macam ada update setiap hari.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM