Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Curi Tumpuan Ramai Apabila Hadir Ke Mahkamah Pagi Ini

Bella Astillah

Trending

Bella Astillah Curi Tumpuan Ramai Apabila Hadir Ke Mahkamah Pagi Ini

Pelakon, Bella Astillah mencuri perhatian apabila hadir ke Istana Kehakiman, Putrajaya pagi ini bagi memberi sokongan pada prosiding hari kedua kes melibatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut laporan Kosmo, Bella tiba sekitar 10.28 pagi ditemani seorang pegawai peribadi wanita, dan sempat melambai kepada petugas media sebelum memasuki lobi Istana Kehakiman.

Syed Saddiq hadir bersama pegawai

Syed Saddiq

Syed Saddiq pula telah tiba lebih awal pada 10.20 pagi tadi dengan berpakaian sut hitam dan ditemani dua orang pegawainya.

IKLAN

Hari ini merupakan prosiding rayuan hari kedua, yang dijangka bermula pada 10.30 pagi selepas mahkamah memaklumkan bahawa tiada keputusan dibuat berhubung rayuannya semalam.

Rayuan Syed Saddiq ditangguhkan

Syed Saddiq Bernama

Semalam, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa keputusan mengenai rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta masih belum diputuskan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, membuat pengumuman itu ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.

#ApaKataOhmedia

Kes ini menjadi perhatian ramai dan mengingatkan kita bahawa setiap individu berhak untuk mempertahankan diri di mahkamah. Apa pun keputusan, yang penting kita terus menghormati proses undang-undang negara!

Bella Astillah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas