Connect with us

Oh! Media

Bell Ngasri Jawab Isu Riyak Tayang Trofi Dan Tunai Janji Belanja Bebola Daging Untuk 100 Peminat

bell ngasri

Oh! Artis

Bell Ngasri Jawab Isu Riyak Tayang Trofi Dan Tunai Janji Belanja Bebola Daging Untuk 100 Peminat

Sebelum ini, Bell Ngasri pernah membuat kenyataan gurauan akan belanja makan tengah hari di bulan Ramadan sekiranya dia berjaya membawa pulang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang telah dituntut peminat pelakon dan pelawak berkenaan.

ADVERTISEMENT

Tidak mahu menghampakan peminat, Bell Ngasri menunaikan janjinya dengan menyediakan hidangan bebola daging untuk 100 peminat yang bertuah di seluruh cawangan Pak Mat Western Cafe.

Bell Ngasri tak ‘auta’ (menipu) geng, dia buat betul-betul kenduri.

Harini ini seluruh cawangan Pak Mat, 100 set meatball percuma!

bell ngasri

Bell berkongsi foto peminat yang sudah berbaris bagi mendapatkan bebola daging percuma di restoran tersebut.

Malah, Bell turut melahirkan penghargaan buat restoran berkenaan kerana membantunya merialisasikan manifesto sewaktu mengadakan kempen mengundinya di ABPBH35.

Menurut Bell, dia cuba untuk menunaikan permintaan peminat bagi menggembirakan mereka yang telah banyak menyokongnya.

Terima kasih buat @pakmatwesterncafe yang nak bantu saya serba sedikit untuk merialisasikan manifesto saya… terima kasih sangat.

Insya Allah atas permintaan sikit-sikit saya cuba apa yang mampu.

Dalam pada itu, Bell turut menyatakan tuduhan yang dia kononnya bersikap riyak apabila mengusung trofi kemenangannya ke mana sahaja dia pergi.

bell ngasri

Pelawak itu menjelaskan dia sudah 37 tahun menanti penghargaan terbesar dalam karier seninya dan baginya ia tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi kegembiraan itu bersama masyarakat.

Bab tunjuk piala, bukan riyak tapi 37 tahun tak pernah pegang piala ABPBH, apa s kongsi dengan masyarakat yang lalu lalang.

BACA: Bell Ngasri Dinobat Bintang Paling Popular, Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH35

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas