Connect with us

Oh! Media

Belia & Ibu Tunggal Boleh Membuat Pendaftaran Perniagaan Percuma? Ini Penjelasan Menteri Perdagangan…

Trending

Belia & Ibu Tunggal Boleh Membuat Pendaftaran Perniagaan Percuma? Ini Penjelasan Menteri Perdagangan…

Kini golongan belia dan ibu tunggal kategori B40, akan dapat melakukan pendaftaran perniagaan secara percuma tidak lama lagi. Inisiatif ini dikatakan akan diperluaskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

ADVERTISEMENT

Usaha ini bakal mencetus minat berniaga serta menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan.

Ini boleh menjana pulangan pendapatan tambahan yang dapat menampung kehidupan seharian mereka, seterusnya merancakkan lagi pertumbuhan sektor perniagaan di negara ini. – Kata Datuk Alexander Nanta Linggi selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Inisiatif atau skim yang disediakan oleh SSM adalah untuk membantu peniaga dan usahawan tempatan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk golongan orang kurang upaya (OKU), wanita, belia dan pelajar yang baru memulakan perniagaan mereka.

Alexander berkata, KPDNHEP melalui SSM  akan terus giat menggerakkan sektor ‘komuniti peniaga dan korporat’ yang terjejas dengan melaksanakan 8 inisiatif bagi mengurangkan beban masalah dan tekanan yang dihadapi.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas