Connect with us

Oh! Media

Bekas Ustaz Mengalir Air Mata, Didakwa Liwat, Amang Seksual Enam Pelajar Lelaki

bekas ustaz

Trending

Bekas Ustaz Mengalir Air Mata, Didakwa Liwat, Amang Seksual Enam Pelajar Lelaki

Di Mahkamah Sesyen Kemaman, Terengganu, seorang bekas ustaz di pusat tahfiz telah didakwa 10 pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual ke atas enam pelajar lelaki pada Disember 2021 sehingga Februari 2022.

ADVERTISEMENT

BACA: Ustaz Cabul Pelajar Selepas Mengaji, Umpan RM3 Suruh Tutup Mulut

Menerusi laporan Utusan, Muhammad Jamail Abdul Kadir mengalirkan air mata dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Melakukan kesalahan terhadap murid 11 hingga 13 tahun di asrama

bekas ustaz

Tertuduh yang merupakan warden didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap enam murid di asrama yang berumur 11 hingga 13 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurhanisah S H Sahul Hamid telah mengendalikan pendakwaan tersebut.

Tertuduh dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM51,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin. Muhammad Jamil juga tidak boleh mengacau atau mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga perbicaraan selesai.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas