Connect with us

Oh! Media

Bekas Teman Wanita Tunjuk Bukti Dipukul Dan Diugut Ammar Alfian

ohmedia hafizal om featured new 1200x675

Oh! Artis

Bekas Teman Wanita Tunjuk Bukti Dipukul Dan Diugut Ammar Alfian

Tindakan berani seorang wanita bernama Qhaisha mendedahkan pengalaman pahitnya bersama pelakon kontroversi, Ammar Alfian mengejutkan ramai.

Tidak sanggup terus hidup dalam ketakutan, wanita berusia 26 tahun itu tampil menceritakan apa yang berlaku sepanjang lebih setahun bersama aktor tersebut.

Mengaku dipukul dengan alasan mahu ‘mendidik’…

Menurut Qhaisha, sepanjang 1 tahun 4 bulan hubungan mereka, dia sering menjadi mangsa kekerasan fizikal dan mental oleh Ammar. Lebih menyedihkan, perlakuan itu berlaku atas alasan mahu mendidiknya.

IKLAN

Saya ada bukti dia memukul saya. Selain gambar-gambar bahagian badan saya lebam, saya juga ada bukti pengakuannya memukul saya dengan alasan mendidik.- Jelasnya.

Beliau turut menyerahkan laporan perubatan dan pengesahan kecederaan kepada pihak polis sebagai bahan bukti.

img 4655

Ammar Alfian didakwa pujuk untuk tarik balik laporan polis…

Qhaisha turut mendedahkan bahawa dia pernah menjadi mangsa dalam kes pukul yang dilaporkan media Julai tahun lalu. Namun, kerana termakan pujuk rayu Ammar, laporan tersebut ditarik balik.

Ammar sangat ‘mahir’ memberi janji manis dan dia tahu kelemahan saya yang mudah percaya kepadanya.- Katanya.

Dalam satu lagi pendedahan, Qhaisha berkata dia pernah dipaksa menandatangani satu perjanjian untuk menutup mulut.

Dalam perjanjian itu dia memaksa saya buat permohonan maaf secara terbuka dan suruh mengaku setiap percakapan saya adalah palsu.- Dedahnya.

Namun selepas dirujuk kepada pihak guaman, rupa-rupanya dokumen itu tidak pernah difailkan secara rasmi.

img 4654

Polis sahkan terima laporan…

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan pihaknya telah menerima laporan dibuat seorang wanita yang mendakwa dicederakan teman lelaki di sebuah kondominium di Damansara.

Laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Tun Dr Ismail (TTDI) pada Isnin.

Pssttt! Kekerasan dalam hubungan tidak sepatutnya dimaafkan atau disorok hanya kerana cinta atau janji manis. Jika anda menjadi mangsa, jangan takut untuk bersuara dan ambil tindakan segera. Ingat, keselamatan dan maruah diri lebih utama daripada apa jua perasaan yang pernah ada.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas