Connect with us

Oh! Media

“Bekas PM Yang Dihormati Dan Disayangi” – Video Pak Lah Berkerusi Roda Undang Sebak Netizen

Trending

“Bekas PM Yang Dihormati Dan Disayangi” – Video Pak Lah Berkerusi Roda Undang Sebak Netizen

Korang ingat lagi dengan mantan Perdana Menteri ke-5 kita, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi? Tun Abdullah yang lebih mesra disapa sebagai Pak Lah merupakan antara Perdana Menteri yang disayangi rakyat kerana kepimpinannya yang banyak mendatangkan kesenangan kepada semua warga Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Sebak Lihat Keadaan Terkini Paklah, Masih Tersenyum Walaupun Diuji

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan Pak Lah yang baru sahaja selesai menjamu selera di restoran Sate Kaje diusung keluar dengan menggunakan kerusi roda.

@malaysianupdatenews Bekas pm yg dihormati & disayangi…Pm yg menaikan gaji kakitangan awam.. Di zamannya org kampung juga suka kerana harga getah mahal.. Terima kasih Pak Lah.. Di pagi Jumaat yang penuh barokah ini, sama2 kita doakan agar Tun Pak Lah Kembali pulih seperti sediakala..🤲 #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ Ayah – Seventeen

Menerusi video tersebut, kita dapat lihat keadaan kesihatan Pak Lah yang semakin merosot diusung dan dibantu oleh beberapa orang pengawal peribadi untuk masuk ke dalam kereta.

Seperti yang kita sedia maklum, Pak Lah ketika ini sedang menderita penyakit demensia yang telah menyebabkan kesihatannya merosot serta menyebabkannya sukar untuk mengingati sesiapa, termasuklah ahli keluarga.

Semoga cepat sembuh Pak Lah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengimbau kembali kenangan sewaktu zaman pemerintahan Pak Lah dan menganggap kepimpinannya antara yang terbaik dalam sejarah Malaysia.

Warganet turut mendoakan agar Tun Abdullah segera sembuh daripada sebarang penyakit yang dihidapinya.

Untuk info, Paklah merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5 sebelum mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan bersara pada tahun 2009.

Sama-sama kita doakan agar Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan kesembuhan ya gang.

Kredit: TikTok malaysianupdatenews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas