Connect with us

Oh! Media

Gelandangan Diberi Sisa Makanan Tiga Remaja Bersuara

Ohmedia lelaki gelandangan tiga remaja cina

Oh! Tidak

Gelandangan Diberi Sisa Makanan Tiga Remaja Bersuara

Gelandangan terkejut diberi sisa makanan oleh tiga remaja, tapi tindakannya lepas itu buat netizen sebak.

Baru-baru ini tular video tiga remaja Cina memberi makanan kepada seorang gelandangan, tapi apa yang ramai tak tahu, makanan yang diberi tu sebenarnya sisa tulang ayam dan nasi. Apahal kau ni jang?

Memetik laporan Harian Metro, lelaki gelandangan dikenali sebagai Ram tampil bersuara dan mengakui dia tak sangka langsung kejadian itu dirakam dan dimuat naik ke media sosial.

Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak menjangka bungkusan yang mereka bawa itu adalah sisa makanan.- Katanya.

Lebih menyentuh hati, walaupun diberi makanan yang dah tak elok, Ram tetap mengucapkan terima kasih dan memaafkan perbuatan mereka.

IKLAN

Tak marah, siap maafkan lagi perbuatan tiga remaja tu…

Dalam keadaan hidup yang serba kekurangan, Ram tetap memilih untuk bersangka baik. Dia langsung tak marah dan menganggap remaja itu seperti adik sendiri.

Saya tidak pasti apa kesilapan saya sehingga mereka berbuat demikian, namun saya hanya memandang positif dan menganggap mereka adik.- Katanya.

Menurut Ram yang berusia 49 tahun dan berasal dari Perak, dia dah lama tak bekerja dan kini menjadi gelandangan. Difahamkan, Ram tersebut merupakan seorang Muslim kerana namanya bermula dengan ‘Muhammad’ dan dia turut fasih berbahasa Inggeris.

Dalam pada itu, punca lelaki terbabit menjadi gelandangan dan tidak dapat bekerja seperti biasa kerana dia pernah mengalami kecederaan yang teruk setahun lalu.

Pssttt! Ohmedia harap korang janganlah buat main-main dengan nasib orang lain, apatah lagi gelandangan. Kita tak tahu kisah sebenar hidup mereka. Kalau nak bantu, bantu dengan ikhlas. Hormat sesama manusia tu penting, tak kira siapa pun dia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas