Connect with us

Oh! Media

Bekas pelumba GP Negara, Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak Sebilah Pedang Samurai

Ohmedia photo 6273529687431036254 y

Oh! Arena

Bekas pelumba GP Negara, Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak Sebilah Pedang Samurai

PDRM hari ini mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Idzlianizar Elias disebabkan mengalami pendarahan dan kecederaan teruk selepas bergaduh di taman perumahan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengatakan pihaknya menerima maklumat tentang pergaduhan tersebut pada jam 11.13 malam.

Berdasarkan maklumat yang kita terima berlaku pergaduhan membabitkan empat individu termasuk mangsa di laluan masuk persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya.

Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah pun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan.

Negara

Mangsa disahkan meninggal dunia sekitar 12.30 tengah malam semalam akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam.

IKLAN

Justeru itu, pihak polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi di Kangar.

Ketiga-tiga suspek juga dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau. Polis turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Ohmedia photo 6273529687431036254 y

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Ke Atas