Connect with us

Oh! Media

Bekas Panglima TLDM Didakwa 3 Pertuduhan Pecah Amanah Kapal Tempur LCS Lebih RM21 Juta

ohmedia bekas panglima tldm

Trending

Bekas Panglima TLDM Didakwa 3 Pertuduhan Pecah Amanah Kapal Tempur LCS Lebih RM21 Juta

Hari ini, bekas pengarah urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tertuduh telah didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu kapal tempur pesisir LCS.

ohmedia kapaltempur lcs

Memetik laporan BERNAMA, tertuduh didapati pecah amanah projek LCS sebanyak RM21 juta.

IKLAN

Bekas pengarah BNS juga merupakan bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Ahmad Ramli, 78 tahun dilantik sebagai Panglima TLDM pada 1996 sebelum bersara wajib pada 1998 selepas berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan itu.

Kredit: BERNAMA | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas