Connect with us

Oh! Media

Bekas PA, Iqbal Nyatakan Datuk Seri Vida Wanita Pertama ‘Disentuh’ Olehnya

iqbal

Trending

Bekas PA, Iqbal Nyatakan Datuk Seri Vida Wanita Pertama ‘Disentuh’ Olehnya

Kemunculan usahawan yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai iaitu Iqbal Zulkefli dalam sesi siaran langsung Datuk Seri Vida dengan muka yang masam tidak tersenyum baru-baru ini telah menarik perhatian ramai.

ADVERTISEMENT

BACA: Iqbal Putus Asa Kahwini DS Vida?

Tidak banyak berkata-kata di dalam sesi siaran langsung itu, namun Iqbal telah mengejutkan ramai pengikut DSV atau mesra disapa sebagai Vida apabila beliau menulis komen yang mencurigakan.

DSV wanita pertama dan terakhir yang saya sentuh.

Komen Iqbal Zulkefli

Menurut netizen, perkataan ‘sentuh’ dirasakan kurang sesuai untuk digunakan dalam konteks hubungan mereka yang bukan mahram, biarpun tanpa sengaja.

Menerusi platform TikTok, terdapat seorang pengguna telah memuat naik semual live Instagram itu semula di akaunnya dan ramai yang meninggalkan komen di hantaran video itu menyifatkan ayat itu tidak seharusnya digunakan oleh beliau kerana mendatangkan pengertian berbeza kepada orang ramai.

Komen TikTok tentang Iqbal dan Vida

Dalam pada itu, ramai yang menasihati Vida untuk menjauhkan diri daripada Iqbal bagi menjaga reputasi dan maruah diri dari terus dimalukan sedemikian.

Sementara itu menerusi Instagram Stories Iqbal, dia mendedahkan mereka sudah tidak berhubung sejak dua minggu yang lalu selain pihaknya telah membatalkan tempahan hotel untuk majlis perkahwinan mereka.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas