Terbaru, suami yang dikenali sebagai Rozy muncul di satu program bual bicara Indonesia menjelaskan situasi sebenar kejadian.
Menurut Rozy, perkara yang tular di media sosial banyak bercanggah sehingga membuatkan dia malu dan tertekan.
Pastinya sangat sedih sekali, karena kejadiannya bukan seperti ini.
Jelasnya, dia sangat terkejut bekas isteri sanggup mengaibkan dirinya sebegitu sedangkan segala kemahuan sudah dipenuhi.
Lelaki ini mengaku dia ditangkap berduaan dengan ibu mentua di rumah sewa tetapi mereka bukanlah berzina.
Ibu mentua didakwa berbogel tak benar
Dia cuma mahu meluahkan mengenai masalah rumahtangga yang dihadapinya bersama isteri ketika itu.
Baru je bercakap 5 minit saya ke tandas. Saya keluar daripada tandas tiba-tiba ada orang serbu dan tuduh macam-macam. Saya jadi panik. Masa tu ibu mentua ada di bilik (baru habis solat).
Mengenai dakwaan ibu mentua tak berpakaian ketika ditangkap juga tak benar. Jelasnya, pintu rumah ketika itu juga tak dikunci. Mereka juga langsung tak diarak sekeliling kampung seperti yang tular.
Kata lelaki ini lagi, selepas kejadian tersebut dia dan isteri ambil keputusan untuk bercerai. Isterinya juga meminta denda sebanyak Rp50 juta.
Bekas isterinya dikatakan ada minta rujuk selepas insiden viral ini tapi dia menolak kerana sudah dimalukan sedemikian rupa.