Connect with us

Oh! Media

BBC Dad Kembali Diganggu Anak-anak Selepas 4 Tahun! Tarik Perhatian Ramai

bbc2bdadpng

Trending

BBC Dad Kembali Diganggu Anak-anak Selepas 4 Tahun! Tarik Perhatian Ramai

Ohmedia yakin korang mesti ingat dengan keluarga ni yang dahulunya pernah viral dan digelar sebagai ‘BBC Dad’ pada tahun 2017. Professor Kelly yang menetap di Busan, Korea Selatan itu pernah viral selepas temubualnya bersama pihak BBC yang berbincang tentang isu semasa itu secara tiba-tiba menjadi kecoh selepas anak perempuan dan anak lelakinya yang masih kecil masuk ke pejabat ayahnya dan ditarik keluar oleh isterinya.


IKLAN

Terhibur dengan telatah anak-anaknya dan tindakan panik isterinya selamatkan keadaan. Tapi, baru-baru ini viral lagi satu video menunjukkan keluarga Professor Kelly yang sekali lagi melakukan perbincangan siaran langsung bersama SkyNews berkenaan peningkatan kes COVID-19 di Korea.

Tetapi, temubual kali ini lebih istimewa apabila anak-anaknya yang sudah besar dan isterinya turut bersama memberikan pandangan tentang keadaan di Korea sekarang.



Respon dari netizen amat gembira apabila menyatakan bahawa keluarga kesukaan mereka kini sudah kembali. Ini selepas anak-anaknya sudah besar kerana sudah hampir 4 tahun tidak nampak. Tetapi apa yang lebih lucu adalah sikap anak perempuan yang lasak dan aktif masih tidak berubah. Kali ini juga, isterinya lebih tenang dan hanya tersenyum sahaja.



+ Baca respon pembaca yang suka lihat BBC Dad di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas