Connect with us

Oh! Media

Trending

Bayi 6 Bulan Pecah Rekod Dunia Main Papan Luncur Air

Korang mula boleh berjaya masa umur berapa? Baru-baru ni tersebar pula di media sosial yang menunjukkan bayi berusia 6 bulan sudah boleh meluncur air. Pernah terbayang tak bayi 6 bulan boleh buat aksi orang dewasa ni?

Kejadian itu dipercayai berlaku di Tasik Powell, Washington dan bayi 6 bulan itu bernama Rich. Rich berjaya melakukan luncuran papan air pertamanya sambil diperhatikan bapanya di sebelah.

IKLAN

Video itu dikongsikan World News dan menjadi peluncur termuda di dunia. Video terbabit mengundang pelbagai reaksi. Korang tengok lah tu…




Untuk pengetahuan korang, ketika melakukan aksi itu Rich sudah berumur 6 bulan dan 4 hari. Jadi apa pandangan korang dengan video ini? Ramai juga yang tidak bersetuju dengan tindakan ibu dan bapa Rich kerana terlalu kecil untuk aktiviti lasak. Bagaimanapun mereka pasti mempunyai alasan tersendiri dan langkah-langkah keselamatan juga telah diambil.

Apa-apapun jangan cuba aksi bahaya ni dekat anak-anak korang ya. Lain yang jadi nanti.

Kredit: World News

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas