Connect with us

Oh! Media

Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang! Ini Hukuman Untuk Umat Islam Di Melaka

Trending

Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang! Ini Hukuman Untuk Umat Islam Di Melaka

Berpuasa di bulan Ramadan menuntut kita untuk menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Tambahan pula, kita juga perlu menahan hawa nafsu seperti menjaga percakapan dan perbuatan yang dikhuatiri menggugat keimanan sehingga menyebabkan terbatalnya puasa sepanjang bulan Ramadan ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Masih Ramai Tinggalkan Puasa Dengan Sengaja! Ini Hukum Buat Mereka!

Umum mengetahui, menghisap rokok dan vape di siang hari pada bulan Ramadan juga merupakan antara perkara yang membatalkan puasa.

Bakal dikenakan notis

Menurut laporan Kosmo, umat Islam di Melaka yang didapati membawa rokok bakal dikenakan notis untuk hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat memaklumkan bahawa umat Islam di Melaka yang didapati membawa rokok di dalam poket mereka sebelum jam 2 petang akan diberikan notis untuk ke pejabat bagi proses peringatan dan nasihat.

Kita akan buat pendekatan di peringkat penguat kuasa operasi, kita akan bagi notis kepada pelaku untuk ke pejabat dan diberikan nasihat yang sepatutnya.

Kita bukan nak saman dia, ini hanya sebagai peringatan supaya perkara ini tidak berlaku kerana ia boleh membawa kepada kejadian ponteng puasa,

Melalui Operasi Plastik Hitam Bersendawa yang dilalukan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) semalam, seramai dua individu telah dikesan membawa rokok di siang hari dan dipercayai tidak berpuasa.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping mampu menahan nafsu diri sepanjang berada di bulan Ramadan

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! MEdia

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas