Connect with us

Oh! Media

“Baru Sekarang Dia Exposed” – Kenang Momen Cari Rezeki, Netizen Puji Ketabahan Isteri PU Abu

Trending

“Baru Sekarang Dia Exposed” – Kenang Momen Cari Rezeki, Netizen Puji Ketabahan Isteri PU Abu

Nama peserta program dakwah, Pencetus Ummah Abu Sufyan kembali hangat diperkatakan apabila bekas isterinya, Hana Azraa mendakwa masih lagi diganggu lelaki itu meskipun telah berpisah.

ADVERTISEMENT

Namun, PU Abu menafikan dakwaan itu dan dah pun menjelaskan semua kekeliruan yang timbul ketika live bersama isteri pertamanya, Ain Afini.

BACA: “Saya Tak Perlu Menyamar” – PU Abu Jelaskan Sebab Ke Hotel, Nafi Ganggu Hana Azraa Sebab Gila Talak

Terbaru, Ain Afini mengimbau kembali kenangan ketika dia dan PU Abu susah senang bersama-sama mencari rezeki.

Kata Ain, suaminya merupakan tulang belakangnya selama lima tahun ini meskipun ada masa mereka bergaduh kerana berbeza pendapat.

Tulang belakang 5 tahun. Di antara masa akan ada yang digaduhkan dan bercanggah pendapat. Tapi akhirnya tetap dia yang dicari @abuadamofficial_. Throwback moment mencari rezeki bersama. Susah, berkira-kira tapi tetap tak berhenti usaha.

Dalam hantaran itu, kelihatan PU Abu menunggang motosikal sementara Ain Afini duduk di belakang sambil memegang satu kotak putih.

Tambah Ain lagi, kesilapan paling besar seseorang adalah apabila merasakan hidup ini satu pertandingan. Kejayaan paling bermakna adalah apabila kita semua menikmati perjalanan yang Allah dah tulis.

Kebahagiaan atau kejayaan yang kita lihat pada orang lain adalah ujian untuknya, kekurangan yang kita rasa ada pada hidup kita juga adalah ujian untuk diri kita.

Di ruangan komen, para pengikut memuji ketabahan Ain Afini walaupun rumah tangganya sebelum ini pernah diuji.

Kredit: Instagram Ain Afini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas