Connect with us

Oh! Media

“Baru Kahwin Dua Tayang-Tayang Buat Apa?” – Kaunselor Perkahwinan Tegur Abang Tesla

abang tesla

Trending

“Baru Kahwin Dua Tayang-Tayang Buat Apa?” – Kaunselor Perkahwinan Tegur Abang Tesla

Influencer TikTok dikenali sebagai Abang Tesla dikecam teruk gara-gara merakam detik sedih isterinya menangis di dalam pelukan beberapa jam sebelum dimadukan.

ADVERTISEMENT

Meskipun Abang Tesla mendakwa perkahwinan dengan isteri kedua mendapat restu, orang ramai merasakan perbuatan merakam video adalah tak patut.

BACA: Respon Nabila Huda Bila Tengok Video Abang Tesla Pujuk Isteri, Shila Amzah Pun Berang!

Sebagai kaunselor perkahwinan, Mohd Redzuan Zamberi tampil memberi teguran buat semua lelaki yang ingin berpoligami.

Kaunselor perkahwinan tegur Abang Tesla

abang tesla
Kredit: TikTok Mohd Redzuan Zamberi

Menurutnya, lelaki memang dibolehkan berpoligami jika mampu secara zahir dan batin. Namun, harus diingatkan kemampuan bukan setakat itu sahaja.

Mengenai isu Abang Tesla, beliau berpendapat merakam content dan memuat naiknya di media sosial adalah salah.

Nak kahwin, kahwinlah sebab perkahwinan untuk kegembiraan bukan menyakiti. Bila video dilihat oleh isteri anda, dia pun akan sedih.

Isteri walau macam mana izin pun, dia ada fitrah dia. Fitrah dia tak boleh berkongsi sebab susah nak berkongsi ni kan?

Beliau memetik kisah Nabi di mana Saidatina Fatimah pernah mengadu kepada ayahnya sedangkan anakanda wanita solehah yang dijanjikan syurga.

Usah muat naik content di media sosial

abang tesla

Jelasnya lagi, tak perlulah cerita poligami dihebahkan ke media sosial melainkan jika untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megahan.

Dia sendiri tak tahu motif sebenar Abang Tesla merakam video itu tetapi ianya dibimbangi mengundang persepsi negatif mengenai perkahwinan itu.

Menurutnya, pernikahan kali kedua ini cukuplah sekadar makluman kepada ahli keluarga atau jiran tetangga untuk mengelakkan fitnah bukannya menjadikan content media sosial.

Kredit: TikTok Mohd Redzuan Zamberi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas