Connect with us

Oh! Media

Trending

“Baru-Baru Ini Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama..” – Fattah Amin

Pelakon kacak, Fattah Amin memberitahu yang dia ada bertemu anaknya, Fatima selepas bercerai dengan Nur Fazura tapi situasinya agak berbeza.

Menerusi temu bual pihak Melodi TV3, Fattah juga berkata yang mungkin anaknya itu tidak memahami apa yang sedang berlaku.

IKLAN

Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.

Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama.

Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak dan pintar, tapi kefahamannya tidaklah sama seperti kita orang dewasa. Mungkin benda itu ambil masa.

Fattah juga mengatakan yang dia akan jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan tetap akan sentiasa bersama anaknya itu.

Apa yang penting saya sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya.

Untuk info, Fattah dan Fazura pernah mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan telah sah bercerai pada 7 Oktober lepas.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Melodi TV3


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas