Connect with us

Oh! Media

“Bapak Aku Buat Sungai Ni”- Kaki Pancing Berebut ‘Port’ Berdamai Di Balai Polis

sungai

Trending

“Bapak Aku Buat Sungai Ni”- Kaki Pancing Berebut ‘Port’ Berdamai Di Balai Polis

Kecoh di media sosial semalam dua orang kaki pancing bertengkar mulut berebut ‘port’ memancing di sebatang sungai.

ADVERTISEMENT

Dalam video viral itu, kelihatan seorang kaki pancing menegur individu lain yang didakwanya masuk ke sungai di Muar, Johor itu tanpa izinnya.

Lebih melucukan apabila kaki pancing itu mengaku bapanya adalah pemilik sungai berkenaan.

Terbaru, Sinar Harian melaporkan perbalahan dua kaki pancing di Sungai Lubok Kepong Segamat Johor akhirnya selesai secara baik di balai polis.

Difahamkan, mereka tampil membuat laporan polis untuk menyelesaikan salah faham di antara mereka.

sungai

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, satu perjumpaan melibatkan mereka bersama Polis Daerah Segamat, Jabatan Perikatan Daerah Segamat dan ketua kampung telah dibuat sejurus laporan polis diterima.

Polis telah mengesan dan mengambil maklum penyebaran kenyataan dan perkongsian video di media sosial berkaitan perselisihan faham dua pemancing di Sungai Lubok Kepong, Segamat pada 22 Januari lalu.

Jelasnya lagi, pertemuan yang dibuat mencapai penyelesaian dan kerjasama dengan baik daripada semua pihak.

Jadi, orang ramai dimohon untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan menyebarkan video dan informasi tak tepat mengenai kejadian.

Kredit: Sinar Harian | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas