Connect with us

Oh! Media

Banyak Syarikat Dijangka Gulung Tikar Jika Laksana Gaji Minimum Baharu?

Cover Photo Om 1200 X 675 37

Trending

Banyak Syarikat Dijangka Gulung Tikar Jika Laksana Gaji Minimum Baharu?

Mengambil kira kenaikan harga barangan, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) baru-baru ini mendesak kerajaan supaya menetapkan kenaikan gaji minimum baharu.

BACA: Nak Elak Rakyat Malaysia Kerja Di Luar Negara, Kerajaan Tetapkan Gaji Minimum RM2,000?

Sinar Harian dalam laporannya berkata, MTUC menuntut pelarasan gaji minimum daripada RM1,200 sebulan dinaikkan kepada RM1,500 sebulan dengan elain bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM300 diberikan.

IKLAN
Gaji Minimum

Menurut pakar ekonomi Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Profesor Dr Barjoyai Bardai, antara kumpulan yang akan menerima faedah daripada penetapan kadar gaji minumun baharu adalah pekerja dalam sektor tidak mahir dan operator kilang.

 Profesor Dr Barjoyai Bardai

Jelasnya, di Malaysia, seramai kira-kira 1.5 juta pekerja dalam sektor tidak mahir dan 1.8 juta operator kilang.

Jadi, sekiranya terpaksa membayar gaji minimum, kos overhed mereka akan meningkat dengan serta-merta dan menjadikan perniagaan mereka tidak berdaya maju lagi.

Kemungkinan usahawan terpaksa tutup kedai atau pindahkan kos tersebut kepada pelanggan dalam bentuk kenaikan harga.

Beliau berkata lagi, seluruh rakyat akan menerima tempias daripada kenaikan gaji minimum kerana kemungkinan kebanyakan barang akan naik harga.

Kadar gaji minimum baharu dijangka akan mengakibatkan banyak syarikat dan usahawan terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian.

Dari sudut lain, ada 5,500 majikan di Malaysia dan kebanyakannya ialah peniaga mikro serta usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas