Connect with us

Oh! Media

Banyak Kemalangan Libat Haiwan Liar, Denda RM5k Akan Dikenakan Pada Pemilik Yang ‘Degil’

haiwan

Trending

Banyak Kemalangan Libat Haiwan Liar, Denda RM5k Akan Dikenakan Pada Pemilik Yang ‘Degil’

Terlalu banyak kemalangan jalan raya yang melibatkan haiwan liar berlaku di Malaysia, terutama di kawasan pedalaman. Pihak berkuasa kini akan mengenakan kompaun sebanyak RM5,000 kepada pemilik yang biarkan ternakan mereka berkeliaran di jalan raya.

ADVERTISEMENT

BACA: Lembu Berkeliaran Di Tengah Jalan Undang Kemalangan

Menerusi laporan Kosmo, banyak aduan diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengenai isu haiwan berkeliaran di atas jalan raya di Daerah Pekan, Pahang pada bulan lalu.

Denda dikenakan kepada pemilik yang tak hirau keselamatan orang ramai

haiwan

Enakmen Kawalan Kerbau dan Lembu 2001 telah dikuatkuasakan di negeri Pahang oleh JPV untuk mencegah elemen kacau ganggu keselamatan awam.

Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah pula, pesalah terbabit akan dihukum denda RM5,000. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Md. Zain

Aduan penduduk telah menyebabkan JPV mengenakan denda kepada mereka yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan haiwan berkeliaran di jalan raya, tanpa menghiraukan keselamatan orang awam.

Sharim juga menyatakan beliau banyak kali lihat lembu berkeliaran meragut rumput di tepi jalan pada waktu malam, lebih-lebih lagi apabila waktu hujan.

Tindakan terpaksa diambil JPV kerana masih ada pemilik yang degil dan tidak ikut peraturan ditetapkan serta tidak hirau keselamatan orang ramai dengan biar haiwan berkeliaran.

Memang sepatutnya denda ini dikenakan dari dulu lagi kepada penternak haiwan yang tak bertanggungjawab kerana membiarkan haiwan berkeliaran di jalan raya.

Perbuatan tidak endah mereka ini sangat bahaya kerana melibatkan nyawa pemandu jalan raya terutama pada waktu malam, apabila jalan gelap dan haiwan tiba-tiba saja muncul di jalan raya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas