Connect with us

Oh! Media

Banjir Di Yan: Tiga Mangsa Terkorban, Tiga Lagi Masih Hilang

Banjir Yan

Trending

Banjir Di Yan: Tiga Mangsa Terkorban, Tiga Lagi Masih Hilang

Sejak petang semalam, beberapa buah kampung di sekitar Yan, Gurun dan Tupah dilanda banjir kilat berikutan fenomena kepala air yang melanda kawasan peranginan air terjun di kaki Gunung Jerai.

BACA: Mangsa Banjir Terpaksa Mengemis Sambil Kendong Anak, Demi Sesuap Nasi

Memetik laporan Bernama, tiga mangsa telah ditemukan maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan gunung itu. Dalam laporan itu, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan setakat operasi jam 1 pagi semalam, tiga mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan Titi Hayun.

IKLAN

Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

Tambah beliau lagi, jenazah mangsa sudah diturunkan dan operasi mencari dan menyelamat disambung semula jam 7 pagi hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan simpan itu diwartakan sebagai Hutan Perlindungan. Beliau tidak menolak fenomena kepala air yang besar menyebabkan pokok tumbang dan dihanyutkan arus hingga ke sungai.

Kredit: Bernama | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas