Connect with us

Oh! Media

“Bang Radin Sila Potong Tangan” – Dapat Peluang Salam Lee Min Ho, Ramai Netizen Nak ‘Beli’ Tangan Radin

Oh! Artis

“Bang Radin Sila Potong Tangan” – Dapat Peluang Salam Lee Min Ho, Ramai Netizen Nak ‘Beli’ Tangan Radin

Baru-baru ini, pelakon popular dari Korea Selatan, Lee Min Ho telah dijemput ke negara kita sempena Konsert Ulang Tahun Cuckoo Appreci8th di Stadium Axiata Arena. Pelakon terkenal ini dijemput sebagai salah satu duta bagi jenama penapis air terkenal, Cuckoo.

ADVERTISEMENT

Menerusi drama Boys Over Flowers dan The King: Eternal Monarch, kedatangan Lee Min Ho ini disambut teruja dengan peminat-peminat yang berada di Malaysia. Namun begitu, gelagat peminat-peminat dapat bersalaman dan bergambar telah menarik perhatian ramai.

Jangan basuh tangan tu

Pengacara majlis ketika itu, Radin berasa teruja dapat bersalaman dengan pelakon terkenal itu. Rata-rata komen dari warga media juga mengatakan bahawa tangan tersebut tidak perlu basuh, malah ada juga yang sudi untuk membeli tangan tersebut.

Bang radin sila potong tangan anda, saya nak beli.

Jangan basuh tangan tu nanti hilang bau Lee Min Ho HAHAHAHAHAHA

Bukan sahaja tangan, tular juga di media sosial beberapa barangan seperti telefon, kerusi, mikrofon, bekas letak beg di lapangan terbang, dan juga termasuk lantai.

Macam-macam gelagat warga media ketika kedatangan pelakon terkenal ini. Semoga Lee Min Ho akan datang lagi nanti di masa hadapan.

Kredit: Instagram | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas