Connect with us

Oh! Media

Trending

“Bagi Saya Isteri Tak Berdaftar” – Datin Patimah Akhirnya Beri Respon Mengenai Dakwaan Syamsul Dan Ira Bercerai

Kecoh di media sosial mengenai desas-desus yang mengatakan Syamsul Yusof sudahpun bercerai dengan isterinya, Ira Kazar dan tidak pasti sama ada perkara ini benar ataupun tidak.

ADVERTISEMENT

BACA: Kazar Beri Respon Dakwaan Ira Kazar Diceraikan Syamsul Yusof Melalui Whatsapp

Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah memaklumkan yang dia tidak mahu ambil maklum mengenai ‘hal’ itu. 

Datin Patimah hanya menganggap pelakon Puteri Sarah sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinannya dengan Syamsul sebelum ini dan perkara ini dikatakannya sendiri ketika ditemui pihak media.

Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen.

Bukan tu jer, Datin Patimah juga tidak mahu memanjangkan kenyataan suaminya, Datuk Yusof Haslam sebelum ini mengenai Syamsul yang sudah lama tidak pulang ke rumah.

Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada dakwaan mengenai rumah tangga Syamsul dan Ira roboh itu benar ataupun tidak. Sama-samalah kita tunggu penjelasan dari tuan badan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas