Connect with us

Oh! Media

Bagaimana Sajat Lolos Ke Thailand? Ini Kronologinya

Trending

Bagaimana Sajat Lolos Ke Thailand? Ini Kronologinya

Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan berita penangkapan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang dikatakan telah ditahan oleh pihak imigresen Thailand.

ADVERTISEMENT

BACA: Misteri ‘Kehilangan’ Terjawab, Sajat Akhirnya Ditahan

Menurut sumber, Nur Sajat telah ditahan di sebuah kondominum mewah di Bangkok bersama seorang lelaki berwatakan wanita warga Thailand.

Bagaimanapun, dia dikatakan telah dibebaskan dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Namun, timbul satu persoalan bagaimana usahawan tersebut mampu lolos ke negara gajah putih itu tanpa dikesan oleh pihak berkuasa.

Kronologi ‘penghijrahan’ ke Thailand

Menurut laporan Harian Metro, memakai purdah dan niqab mungkin menjadi taktik Sajat untuk mengelakkan dari dikesan pihak berkuasa.

Dengan mengenakan pakaian itu dan dibantu oleh seorang lelaki, Nur Sajat berjaya melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.

Berdasarkan sumber, dia dikatakan telah meminta pertolongan daripada seorang lelaki untuk membantunya dan dikatakan telah diberi upah sebanyak RM20,000.

Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini.

Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.

Selain itu, lelaki tersebut juga dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand.

Menggunakan gerabak kereta api

Mengulas lanjut, Nur Sajat dipercayai telah dibawa menaiki sebuah kenderaan oleh lelaki tersebut dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.

Selepas itu, usahawan kosmetik itu dikatakan telah dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Thailand bersama lelaki berkenaan.

lelaki itu juga telah membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand sebelum diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya ke Bangkok.

Bagaimana Nur Sajat boleh melepasi sekatan jalan raya?

Ditanya bagaimana Nur Sajat boleh melepasi sekatan jalan raya, sumber memaklumkan bahawa usahawan itu lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ketika itu, kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri dan pihak berkuasa yakin bahawa dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac), Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut Skuad Khas Harian Metro, siasatan mengenai bagaimana Nur Sajat berjaya lolos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan masih tidak diulaskan.

Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.

Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit.

Walaubagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih tidak diulaskan dan individu itu dipercayai mempunyai dua kerakyatan serta mahir tentang selok-belok di kawasan sempadan negara.

Kredit; Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas