Connect with us

Oh! Media

Misteri ‘Kehilangan’ Terjawab, Sajat Akhirnya Ditahan

Trending

Misteri ‘Kehilangan’ Terjawab, Sajat Akhirnya Ditahan

Sebut sahaja tentang Sajat, sudah pasti ramai yang mengetahui usahawan kosmetik itu yang kini diburu pihak polis bagi pelbagai kesalahan terhadap dirinya.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kes JAIS Je Pun” – Nur Sajat Dedah Diri Bukan Pelarian

Terdahulu, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman pernah mencetuskan kontroversi dengan mengumumkan dirinya yang ingin keluar dari islam.

Selain itu, dia juga turut didakwa atas pelbagai kesalahan termasuklah berpakaian wanita ketika mengadakan majlis bacaan Yassin di premis kecantikannya di Shah Alam.

Nur Sajat ditahan

Teka-teki ‘kehilangan’ seorang usahawan kosmetik itu yang diburu pihak berkuasa akhirnya terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen.

Menurut laporan Harian Metro, penahanan itu dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand selepas mendapat maklumat mengenai keberadaannya di Bangkok daripada pihak berkuasa Malaysia.

Berdasarkan sumber, Nur Sajat telah ditahan di sebuah kondominium mewah di Bangkok bersama seorang lelaki berwatakan wanita warga Thailand.

Selain itu, menerusi maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikongsikan kepada pihak berkuasa Thailand pada Mac lalu, usaha mengesannya giat dilakukan pihak imigresen mereka.

Nur Sajat telah ditahan dan semakan pihak imigresen Thailand mengesahkan dia adalah individu yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

Pasport milik usahawan kosmetik itu juga sudah dibatalkan kerajaan Malaysia.

Sudah dibebaskan dengan jaminan

Menurut sumber, Sajat didakwa di mahkamah Thailand pada 9 September dan dibebaskan keesokan harinya dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.

Wang itu dibayar oleh seorang kenalannya dikenali sebagai Misha yang dilaporkan terbang ke Thailand untuk urusan jaminan Nur Sajat.

Selain itu, sumber memaklumkan Nur Sajat masih berlindung di kondominium mewah di Bangkok dan diarahkan hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia sedang berunding dengan kerajaan Thailand untuk membawa pulang Sajat ke negara itu bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah.

Rundingan agak sukar tetapi kita tetap optimis untuk membawanya pulang. Sukar disebabkan ada campur tangan pihak antarabangsa membabitkan negara dan pertubuhan tertentu yang menghalangnya.

Tunggu kebenaran nak pindah Australia

Lapor Harian Metro, Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dari negara itu dan dalam proses untuk berpindah ke Australia.

Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan, usahawan itu hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai melalui telefon bimbitnya.

Semakan imigresen Thailand mendapati Nur Sajat menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.

Hasil soal siasat mendapati dia memperoleh kad UNHCR melalui ibu pejabat badan di Bangkok dan sedang mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.

Terdapat juga sumber mendakwa tujuan Nur Sajat memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia adalah kerana dia mendapat ugutan bunuh.

Hal itu selepas pengumumannya yang ingin keluar daripada islam selain turut dikatakan diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas